Entri pertama untuk pemula bicara!

Selamat datang ke blog InfoMalaya.com versi mini ini. Tujuan utama blog ini dibuat, semata-mata ingin mempromosikan blog InfoMalaya itu sendiri. Kenapa tak gunakan blog InfoMalaya? Antara sebab aku guna tumblr ialah :

  • Sebarang kemaskini tentang pembangunan InfoMalaya akan diumumkan di sini. Jadi kandungan blog infomalaya akan sentiasa dipadatkan dengan info-info yang berguna untuk para pembaca sahaja.
  • Di sini, aku akan menghimpunkan pautan-pautan menarik, video-video dari youtube yang tertarik, dan juga info-info ringkas.
  • InfoMalaya hanya sesuai sebagai tempat perbincangan, dan juga artikel-artikel yang komprehensif sahaja. Di sini, tiada ruangan untuk memberi komen.
  • Akismet dah blacklist domain infomalaya.com, jadi aku sukar untuk memberi komen di blog-blog orang lain. Sangat susah untuk aku melebarkan sayap infomalaya ke seluruh alam maya.
  • Projek Rangkaian Blog InfoMalaya akan dapat dijalan dengan lebih efektif, kerana kesemua RSS dari blog rangkaian infomalaya akan diletakkan di sini.

Jadi, terimalah blog mini ini seadanya! Aku akan memperuntukkan masa selama sejam sehari(sekiranya ada akses ke internet) untuk mencari maklumat dan juga info menarik untuk tatapan kau, kau dan juga kau. Hahaha…

posted : Wednesday, September 5th, 2007

tags :